Sarah'z Blog

Isteri Solehah

Posted by: ctsara on: July 29, 2009

Isteri disamping menjadi penolong dan tempat bersandarnya suami juga adalah medrasah pertama dan utama kepada anak-anak. Kita menyaksikan Ulamak-ulamak yang besar kebanyakannya adalah hasil didikan dari ibu yang baik. Begitu juga kita melihat bagaimana Nabi Ismail AS yang pernah diperintahkan untuk disembelih oleh ayahnya Nabi Ibrahim namun perintah itu diterima dengan penuh sabar dan pasrah kepada kehendak Ilahi. Yang mendidik Nabi Ismail AS ialah ibunya yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di padang pasir kontang kerana melaksanakan perintah Allah SWT jadi ibunyalah yang mendidik baginda hingga menjadi hamba Allah yang begitu taat dan patuh kepada Allah SWT.

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH:

* Isteri yg patuh pada ajaran agama.
* Menjaga amanat dan pesanan suami dgn sebaik-baiknya.
* Menjaga kesihatan diri, lahir dan batin.
* Memelihara kehormatan diri dan suami.
* Menjaga rahsia suami.
* Menjaga perasaan suami tanpa melebihkan diri sendiri.
* Tidak keluar rumah tanpa izin suami.
* Hormat dan sopan terhadap suami.
* Cinta dan kasih kpd suami dibuktikan dgn perbuatan.
* Jangan bertindak sendiri tanpa pengetahuan suami.
Berbincang dan berunding dlm segala urusan rumahtangga.
Jujur dan ikhlas.
* Melaksanakan tugas dan tanggungjawab dgn baik sekalipun di tengah kesibukan kerja2 lain.
* Mengasuh dan mendidik anak2nya seperti yg dianjurkan oleh Islam.
* Tidak melakukan puasa sunat kecuali dengan keizinan suami
* Hendaklah bersyukur di atas segala yang disediakan suami
* Memakai wangi-wangian di hadapan suami (bersolek)
*Menghiaskan diri untuk suami
* Tidak berhias dan memakai wangian semasa ketiadaan suami
* Memelihara mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan suami
* Tidak mengkhianati dan melakukan curang terhadap suami semasa ketiadaannya
* Hendaklah sentiasa menghormati keluarga suami

Zikir Harian

Posted by: ctsara on: July 29, 2009

Hari ini dah hari ke-6 kita berada dalam bulan Syaaban 1430H. Bulan Rejab sudah pun berlalu. Apabila aku muhasabah diri, ape la sangat yang aku lakukan dalam bulan Rejab. Di sini, aku ingin berkongsi dengan kawan2 tentang zikir harian yang boleh kita amalkan untuk bekalan kita di akhirat nanti. Ini ilmu yang disampaikan oleh arwah abah aku ketika aku di bangku sekolah lagi. Sama2 lah kita berlumba2 merebut pahala apatah lagi bulan Ramadhan, bulan yang penuh barakah akan tiba tak lama lagi.

Zikir Harian:

Jumaat : Ya Allah

Sabtu : Laa Ilaha Illallah

Ahad : Ya Hayyu Ya Qayyum

Isnin : Subhanallah Walhamdulillah Wala Ilaha Illallah Waallahu Akbar

Selasa : Selawat ke atas Nabi

Rabu : Astaghfirullah Inna Allah Ha ghafurrahim

Khamis : SubhanaAllah Ha al’azim SubhanaAllah Hi wabihamdih

P/s: amalkan zikir ini 1000x sehari.

Semoga kita sentiasa dalam RahmatNya.Amiin :)

Looking for my first job – “teacher”

Posted by: ctsara on: July 8, 2009

Yeay.. aku dah grade.. seksa belajar dah tamat. Skrang nak kena masuk ke alam baru. Alam pekerjaan. :) Alam yang lebih mencabar yang mengukur tahap ilmu pengetahuan dan skill aku sepanjang berada di universiti dulu.

Dah hampir 1 bulan aku berehat di rumah (tak termasuk hari2 majlis perkahwinan). Alhamdulillah, aku akhirnya dapat merehatkan diri dari memikirkan subjek elektrik. Fuh….!! (but i need to refresh back when i’m working later).

Petang tadi aku pergi ke PPD Hulu Langat kat Kajang. Apply keje sebagai Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT).Harap2 dapat lah dipanggil interview nanti. Kenapa nak jadi cikgu?? Emm, panjang ceritanya. Kalau nak tahu, selalu2 lah datang ke blog ni. (p/s:tidak perlu tiap2 hari. Hehehe).

Ujian H1N1 di Hospital Sg. Buloh

Posted by: ctsara on: July 7, 2009

Hari ini, aku dan hubby pergi menjalani ujian saringan untuk penyakit influenza A (H1N1). Ramai jugak orang yang buat ujian kat sana. Fobia aku dibuatnya, bermacam-macam orang yang aku nampak, teruk betul keadaan diaorang.

Kami berdua menjalani ujian ini kerana risau jangkitan virus H1N1. Actually, my hubby baru balik dari Filipina, kononnya untuk projek berjuta-juta. Apeke hey, balik-balik 2 orang kawan dia dijangkiti wabak ini.Cuak dan risau sangat aku dibuatnya. Siapa la tak risau, hubby adalah segala2nya buat aku. :)

Syukur alhamdulillah, kami berdua tiada symptons penyakit itu. Cuma doktor bagi ubat batuk dan ubat demam je, just in case if anything happen to my hubby.

Lastly, i fervently hope all of you pray for our health and safety. Hopefully, Allah The Almighty will always with us. Aminn.

hospital

Blog pertama aku

Posted by: ctsara on: July 3, 2009

Assalamualaikum,

Ini post pertama aku. My hubby do it for me actually. :) . Aku harap, whitout him beside me nanti, aku pon boleh tulis post sendiri. Kepada frenz n relative yg singgah to my blog ni, thanks a lot. Len kali dtg la lagi. :P

Hello world!

Posted by: ctsara on: July 3, 2009

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

My Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Jul    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

My Archives